Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pusat GiatMARA Sri Aman agih 400 bubur lambuk
  • WILAYAH

Pusat GiatMARA Sri Aman agih 400 bubur lambuk

Utusan Sarawak 2 months ago
ABDUL Manan Abdul Latip dan yang lain semasa menyampaikan sumbangan bubur lambuk kepada penduduk setempat, petang tadi.

SIMANGGANG: Pusat GiatMARA Sri Aman mengagihkan sebanyak 400 bungkus bubur lambuk di hadapan pejabat tersebut, petang tadi.

Pengurus GiatMARA Sri Aman, Abdul Manan Abdul Latip berkata program berkenaan bukan sahaja bertujuan mencari keberkatan semasa Ramadan, bahkan juga inisiatif berkongsi rezeki dengan menggalakkan amalan bersedekah pada bulan mulia ini.

“Semangat gotong-royong tinggi dalam kalangan warga GiatMARA Sri Aman untuk membuat bubur lambuk patut dipuji.

“Ibadah puasa yang dilalui tidak menjadi halangan untuk menjayakan program Semarak Kasih Ramadan ‘Kongsi Rezeki Bubur Lambuk’ Pusat GiatMARA Sri Aman, petang ini.

“Saya amat berpuas hati dengan semangat gotong-royong serta kerjasama ditunjukkan oleh kakitangan terlibat. Bermula dengan penyediaan bahan dan memasak hingga ke proses agihan bubur lambuk, semua berjalan lancar. Syabas semua,” katanya ketika ditemui pada program tersebut hari ini.

ABDUL Manan Abdul Latip Manan bersama kakitangan dan pelatih Pusat GiatMARA Sri Aman bergambar bersama semasa program Semarak Kasih Ramadan ‘Kongsi Rezeki Bubur Lambuk’ Pusat GiatMARA Sri Aman, petang tadi.

Dalam pada itu, Abdul Manan turut menjelaskan bahawa kaedah ‘pandu lalu’ telah digunakan kali ini bagi mengedarkan bubur lambuk kepada orang awam yang melalui Pejabat GiatMARA Sri Aman.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Program Samarahan Prihatin raikan 243 asnaf
Next: 50 peserta SPK Hulu Kabong kini miliki lot rumah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.