Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pupuk kreativiti dalam masakan sihat
  • WILAYAH

Pupuk kreativiti dalam masakan sihat

Utusan Sarawak 5 months ago

UNTUK ALBUM...Lau (duduk tengah) bergambar bersama peserta pertandingan di UTS.

SIBU: Universiti Teknologi Sarawak (UTS) Buddhist Youth telah menganjurkan pertandingan memasak vegetarian ‘Creative Plant-Based Feast Vegetarian Cooking Contest’ bertujuan memupuk kreativiti dalam masakan serta menyemai gaya hidup sihat.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Michael Tiang berkata, acara ini memberi peluang kepada peserta untuk mencabar diri dan mengasah kreativiti mereka. 

Selain itu, katanya, pengalaman ini juga membekalkan kemahiran berharga yang relevan untuk masa depan kerjaya mereka.

“Ini adalah masa terbaik untuk menyertai aktiviti universiti yang memperkayakan pengalaman hidup. Setiap penyertaan adalah peluang pembelajaran yang penting,” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan oleh wakilnya Kaunselor Kevin Lau yang juga Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bawang Assan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar dan Kesihatan Awam Majlis Daerah Sibu (MDLBS) semasa menyempurnakan acara tersebut di UTS di sini kelmarin.

Tiang turut menekankan bahawa kreativiti adalah elemen penting dalam masakan sayuran yang sering dianggap terhad oleh ramai pihak.

“Kreativiti membuka ruang untuk meneroka pelbagai kombinasi rasa dan bahan, menjadikan masakan vegetarian lebih menarik dan menyelerakan. Ia juga mendorong gaya hidup sihat dengan makanan yang lebih berkhasiat. 

“Saya berharap agar acara seperti ini dijadikan acara tahunan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kebaikan makanan berasaskan tumbuhan,” katanya. 

Oleh TARANI LANTING

Continue Reading

Previous: SK Sungai Petai jana hasil melalui program hidroponik
Next: Program kesihatan anjuran SDNU untuk semai gaya hidup sihat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.