Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Puluhan rumah rosak akibat ribut
  • NASIONAL
  • SEMASA

Puluhan rumah rosak akibat ribut

Utusan Sarawak 2 months ago
KEADAAN kediaman yang mengalami kerosakan akibat hujan lebat berserta angin kencang yang melanda Daerah Larut, Matang dan Selama, petang tadi. Foto APM Perak

IPOH: Hujan lebat berserta angin kencang yang melanda Daerah Larut, Matang dan Selama petang tadi menyebabkan puluhan rumah mengalami kerosakan.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dalam kenyataan memaklumkan kawasan terlibat ialah Taman Medan Pengkalan, Taman Damai, Taman Pengkalan Cemerlang, Kampung Pak Darus, Jalan Pengkalan Cemerlang, Pengkalan Air dan Batu 2 1/2.

“Kejadian angin kencang dan hujan lebat berlaku pada 4.30 petang hingga 6.00 petang itu telah menyebabkan berlaku kejadian pokok tumbang menyebabkan kerosakan pada harta benda mangsa,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Dewan Orang Ramai Taman Kaya bagi menempatkan mangsa.  

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini dan jumlah sebenar kediaman terjejas serta mangsa masih dalam bancian.

APM juga telah mengambil tindakan segera memotong dahan kayu yang menghalang jalan bagi mengelakkan kejadian buruk. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: MA63: Rundingan tafsiran undang-undang boleh diselesaikan tanpa mahkamah – Fadillah
Next: Kuching hos 19 mesyuarat peringkat ASEAN

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.