Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WBS
  • PUISI
  • WBS

PUISI

Utusan Sarawak 2 years ago

Kasih Ibu

Aku menatap wajah ibuku

Lalu kuusapkan juga rambutnya

Di dalam hatiku, aku berkata

Wahai ibu jangan tinggalkan anakmu

Aku tahu aku sungguh berdosa

Segera aku bangun dari alam maya

Lalu terkejut melihat ibu di sisiku,

Ibu yang membangunkanku

Lalu aku memeluk dan berkata

Ibu aku rindu.

Sherilyn Peter

Kpg Sagah Singai

Pemimpin Itu Siapa?


Pemimpin itu
umpama akar yang dalam
menunjang pokok lebat buah
Dan rimbun daun
Tempat rakyat berteduh

Pemimpin itu
Umpama laut yang luas
Dilontar sisa-sisa
Namun tetap bersih dan dalam
Seluruh sisa disimpan di tepian pantai

Pemimpin itu
umpama angin
Tak mampu dilihat
Namun bangunan utuh
Roboh menyembah bumi
Bila badai melanda negeri

Pemimpin itu
Umpama sebiji benih
Ditanam dan disirami air
Benih subur membuah banyak
Dijamah sedap hingga penghujung hayat


Mohd Isma Jamaludin

Kampung Kanchong Baru Gedong

Percaya yang Tak Harus Hadir

Tanpa aku sedar

aku tersungkur oleh akar ceritera yang menjalar

tak henti meraung dan merintih mencari jalan keluar

apakah mungkin takkan terlunas sisa khilaf yang belum dibayar

dan aku ditagih gusar hingga sabarku tercabar?

Rumit untuk ditafsir

kemelut hati belum kunjung berakhir

pergilah wahai sakit yang terlalu rumpil untuk dizahir

kerana batinku sudah puas merasa tersingkir

biar rintik jernih di pipi terus mengalir

takkan ku seru lagi percaya yang kuusir.

Azreen Azirah

IPK Sarawak

11 Februari 2021

Continue Reading

Previous: “Pak Su (Pejuang yang Tidak Didendang)” dalam Perspektif Sejarah
Next: Ungkapan Sajak yang Benar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.