Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • PSSS terima sambutan menggalakkan – Nancy
  • SEMASA

PSSS terima sambutan menggalakkan – Nancy

Utusan Sarawak 3 months ago

KENANGAN… Dato Sri Nancy Shukri merakam gambar kenangan bersama yang lain selepas menyempurnakan Program Jelajah Kasih Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) di Mydin Vista Tunku, Petra Jaya hari ini.

PETRA JAYA: Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) menerima sambutan menggalakkan sejak diperkenalkan pada Februari tahun lalu, dengan lebih 3,000 individu di seluruh negara, termasuk lebih 1,000 di Sarawak, mendapatkan khidmat sokongan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri berkata, jumlah ini membuktikan bahawa keperluan terhadap perkhidmatan kaunseling dan sokongan mental adalah tinggi, terutama di hospital.

“Kita sudah mula pergi ke hospital, kadang-kala terdapat jururawat atau doktor di sana, mereka enggan berkongsi masalah dengan kaunselor mereka sendiri, walaupun perkhidmatan itu tersedia.

“Sebaliknya, kaunselor kami juga merupakan kaunselor profesional, menyebabkan mereka berasa lebih selesa untuk berjumpa dengan kaunselor kami.

“Ketika perkhidmatan ini diperkenalkan di hospital, seramai 96 orang, termasuk pegawai yang bekerja di sana, telah mendaftar dalam masa sejam. Situasi ini jelas menunjukkan bahawa perkhidmatan tersebut amat diperlukan,” katanya. 

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Program Jelajah Kasih PSSS di Mydin Vista Tunku di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Nancy turut meluahkan kebimbangan terhadap trend tekanan mental dalam kalangan remaja, termasuk pelajar yang mula mencederakan diri sendiri.

“Kita tidak mahu perbuatan menyelar pergelangan tangan menjadi satu trend yang normal dalam masyarakat. 

“Oleh itu, kita perlu campur tangan dan membantu sebaik mungkin,” katanya.

Menurut Nancy, ramai pelajar sekolah datang sendiri berjumpa dengan kaunselor ketika PSSS diadakan di Santubong baru-baru ini, menunjukkan bahawa tekanan mental tidak hanya dialami oleh orang dewasa, tetapi juga kanak-kanak dan remaja.

Katanya, masalah ini perlu ditangani segera bagi mengelak peningkatan kes bunuh diri di negara ini.

“Kita sudah mendengar laporan kes bunuh diri di Semenanjung sebelum ini.

“Kita tidak mahu perkara ini menjadi kebiasaan di mana-mana sahaja di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata Yayasan Kebajikan Negara (YKN) akan terus memperluaskan khidmat ini dengan memperkenalkan perkhidmatan PSSS bergerak untuk menjangkau lebih ramai individu di seluruh negara.

Oleh Mohd Neenatul Aizal

Continue Reading

Previous: Banjir: Jumlah mangsa di Miri pula naik
Next: Banjir: Mukah catat peningkatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.