Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • PRU2025 Singapura: Lima tapak perhimpunan diluluskan untuk malam keputusan
  • GLOBAL

PRU2025 Singapura: Lima tapak perhimpunan diluluskan untuk malam keputusan

Utusan Sarawak 3 weeks ago
Foto Facebook Singapore Police Force

SINGAPURA: Calon, penyokong dan orang ramai dibenarkan berkumpul di lima tapak yang diluluskan malam tadi bagi menantikan keputusan Pilihan Raya Umum Singapura (PRU2025).

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook, pihak polis memaklumkan bahawa permit telah dikeluarkan untuk tapak perhimpunan terlibat, yang akan dibuka mulai penutupan pusat pengundian pada 8.00 malam sehingga 30 minit selepas keputusan akhir diumumkan.

Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang memerintah telah diberikan permit untuk tiga tapak iaitu Stadium Bedok, Stadium Bukit Gombak dan Stadium Yio Chu Kang.

Parti Demokratik Singapura (SDP) pula akan mengadakan perhimpunan di Stadium MOE (Evans), manakala Parti Pekerja (WP) akan berkumpul di Stadium Serangoon.

Sebanyak 13 tapak telah ditetapkan sebagai pusat perhimpunan pada malam pilihan raya, dan parti-parti politik perlu memohon permit bagi menggunakannya.

Lebih 2.75 juta pengundi layak akan menunaikan tanggungjawab mereka pada Sabtu, dengan 206 calon bertanding merebut 92 kerusi Parlimen susulan kemenangan tanpa bertanding di kawasan Marine Parade–Braddell Heights. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: 653 mangsa gempa bumi di Myanmar diselamatkan
Next: PRU2025 Singapura: 48 peratus mengundi setakat 12 tengah hari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.