KUCHING: Pemimpin kanan Gabungan Parti Sarawak (GPS) diketuai pengerusinya berkumpul di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) bagi menyaksikan keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) malam ini.
Turut kelihatan, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Amar Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop, Abdullah Saidol dan ADUN Tanjung Datu, Azizul Annuar Adenan.