Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Promosi gaya hidup sihat menerusi aktiviti mingguan larian 2.4 kilometer
  • Tengah
  • WILAYAH

Promosi gaya hidup sihat menerusi aktiviti mingguan larian 2.4 kilometer

Utusan Sarawak 6 months ago
BONIFACE merakam kenangan bersama anggota dan pegawai selepas sesi larian 2.4 kilometer di padang kawad IPD Sibu, hari ini.

SIBU: Cawangan Bahagian Pengurusan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu hari ini  menganjurkan larian 2.4 kilometer sebagai sebahagian daripada Program Gaya Hidup Sihat.

Program tersebut merupakan aktiviti mingguan yang diadakan setiap Jumaat di sekitar kawasan IPD Sibu.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu, Superintenden Boniface Bajai.

Program tersebut bertujuan menerapkan budaya sukan serta memupuk semangat perpaduan dalam kalangan pasukan PDRM selain meningkatkan kesedaran tentang kepentingan bersukan bagi mewujudkan masyarakat yang cergas dan aktif.

Aktiviti dimulakan dengan nyanyian lagu ‘Negaraku’ disusuli lagu ‘Ibu Pertiwiku’ dan diteruskan dengan senaman rengangan sebelum larian 2.4 kilometer bermula.

Sesi bergambar beramai-ramai bersama Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu diadakan selepas selesai program tersebut.

Aktiviti yang berlangsung selama satu jam setengah itu berjalan lancar.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Bahasa Mandarin beri nilai tambah kepada murid Bumiputera dalam prospek kerjaya masa depan
Next: Ibu bapa diingatkan pantau gerak-geri anak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.