Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Projek tangki air bertingkat siap sepenuhnya 2026
  • TEMPATAN

Projek tangki air bertingkat siap sepenuhnya 2026

Utusan Sarawak 4 months ago
KUNJUNGAN TBC… Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika mengunjungi Rumah Terbuka TBC 2025 di kediaman Dato Ir. Lo Khere Chiang di Jalan Stapok Avenue Kuching, hari ini.

KUCHING: Projek tangki air bertingkat di Kampung Bunga Rampai yang menelan kos RM5 juta, dijangka siap sepenuhnya pada 2026.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Dato Ir. Lo Khere Chiang berkata, pembinaan tangki air bertingkat oleh Lembaga Air Kuching (KWB) bagi menyelesaikan masalah tekanan air rendah di sekitar kawasan itu.

“Kampung Bunga Rampai kini menghadapi masalah tekanan air yang tidak mencukupi.

“Oleh itu, KWB akan membina satu tangki air bertingkat baharu untuk memastikan bekalan air lebih stabil bukan sahaja di Kampung Bunga Rampai tetapi juga kawasan sekitarnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan rumah terbuka Tahun Baharu Cina (TBC) 2025 di kediamannya di Jalan Stapok Avenue di sini, hari ini.

Menurut Lo, tapak pembinaan tangki air telah dikenal pasti dan KWB telah bersedia untuk membeli tanah yang diperlukan bagi pelaksanaan projek tersebut.

Selain itu, beliau turut memaklumkan bahawa Batu Kitang menempatkan loji rawatan air terbesar di kawasan itu dan terdapat satu lagi projek loji rawatan air di Kampung Betong, Jalan Landeh.

Katanya, projek tersebut bertujuan meningkatkan bekalan air bagi seluruh Kuching, termasuk Petra Jaya.

Pada masa yang sama, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg turut meluangkan masa menghadiri Rumah Terbuka TBC yang dianjurkan oleh Lo.

Turut hadir, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi, Senator Dewan Negara Dato Ahmad Ibrahim dan tetamu kehormat yang lain.

Ketika ditanya mengenai perbincangannya dengan Premier Sarawak, Lo menyatakan bahawa beliau dan Abang Johari telah membincangkan dasar-dasar baik yang dilaksanakan oleh kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) serta pembangunan pesat yang dinikmati oleh negeri itu.

“Kita sangat bangga dan gembira dengan pembangunan Sarawak yang bergerak ke arah yang betul.

“Masa depan Sarawak sangat cerah dan generasi akan datang bakal menikmati kehidupan yang lebih baik,” katanya.
Oleh Mohd Neenatul Aizal

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Premier Sarawak, isteri teruskan kunjungan rumah terbuka hari kedua Tahun Baharu Cina
Next: Pastikan sumbangan beri manfaat, penuhi keperluan mangsa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.