Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek RTP gelanggang bola keranjang SJKC Tung Kwong giat dilaksanakan
  • Tengah
  • WILAYAH

Projek RTP gelanggang bola keranjang SJKC Tung Kwong giat dilaksanakan

Utusan Sarawak 3 hours ago
TIMBALAN Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato’ Sri Huang Tiong Sii menjalankan lawatan ke tapak pembinaan gelanggang bola keranjang SJKC Tung Kwong. Foto Pusat Khidmat Parlimen Sarikei

BINTANGOR: Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi pembinaan gelanggang bola keranjang di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Tung Kwong kini giat dilaksanakan bagi mempertingkat kemudahan sukan dan menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif kepada para murid.

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato’ Sri Huang Tiong Sii berkata, pembinaan gelanggang tersebut dijangka memberi manfaat besar kepada warga sekolah khususnya dalam memperkasa aktiviti kokurikulum dan pembangunan bakat murid.

TIMBALAN Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato’ Sri Huang Tiong Sii menjalankan lawatan ke tapak pembinaan gelanggang bola keranjang SJKC Tung Kwong. Foto Pusat Khidmat Parlimen Sarikei

“Kerja pembinaan gelanggang tersebut sedang giat berjalan dan dijangka dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh warga sekolah setelah siap kelak.

“Pembinaan gelanggang ini bukan sahaja memberi keselesaan kepada murid untuk menjalankan aktiviti sukan, malah membuka peluang kepada mereka untuk mencungkil bakat dalam bidang bola keranjang sehingga mampu mewakili sekolah dan daerah pada masa hadapan,” katanya kepada media ketika lawatan ke tapak projek tersebut, baru-baru ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok berkata, kemudahan sukan yang lebih baik amat penting dalam membantu melahirkan pelajar yang aktif, sihat dan seimbang dari segi akademik dan kokurikulum.

TIMBALAN Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato’ Sri Huang Tiong Sii menjalankan lawatan ke tapak pembinaan gelanggang bola keranjang SJKC Tung Kwong. Foto Pusat Khidmat Parlimen Sarikei

“Saya berharap pembinaan gelanggang ini dapat menyemarakkan budaya hidup sihat dalam kalangan murid di samping meningkatkan minat mereka terhadap aktiviti sukan.

“Kerajaan sentiasa komited dalam menyediakan kemudahan pendidikan dan sukan yang lebih baik demi memastikan pembangunan modal insan dapat diperkasakan secara menyeluruh,” katanya.

Dalam lawatan tersebut, beliau turut meninjau perkembangan semasa projek bagi memastikan kerja pembinaan berjalan lancar dan mengikut jadual yang ditetapkan.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Generasi muda tonggak utama kelangsungan budaya dan warisan masyarakat
Next: PBSM Sarikei santuni bayi lahir pada Hari Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Sedunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.