Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Projek rakyat tetap dilaksanakan
  • TEMPATAN

Projek rakyat tetap dilaksanakan

Utusan Sarawak 4 years ago
DENGAR LUAHAN… Henry Sum mendengar secara langsung permasalahan rakyat di Awat-Awat untuk tindakan susulan.

LAWAS: Pelaksanaan projek pembangunan dan projek rakyat akan tetap berjalan seperti biasa secara berperingkat.

Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia Dato Henry Sum Agong menjelaskan bahawa kerajaan memandang serius setiap permasalahan yang dihadapi rakyat.

Ahli Parlimen Lawas itu menegaskan tumpuan utama yang dilaksanakan sekarang ialah memastikan setiap rakyat ada bekalan makanan mencukupi.

Beliau menyatakan demikian dalam lawatan kerja dan penyerahan geran kerajaan kepada lima buah kampung di Awat-awat iaitu Kampung Bangsal, Kampung Menengah, Kampung Hujong, Kampung Masjid dan Kampung Pemindahan Baru Awat-awat di masjid Awat-awat semalam.

Menyentuh mengenai benteng penahan ombak yang tumbang, hakisan pada dinding Water Front Awat-awat, Henry Sum memaklumkan perkara ini akan dibawa kepada pihak bertanggungjawab khususnya Jabatan Pengairan dan Saliran.

“Water Front Awat-awat ini kita dimaklumkan akan disambung dan meminta pihak pelaksana kelak membaiki benteng Water Front sedia ada yang rosak,” ujarnya.

Selain itu, permasalahan lain akan dibawa kepada agensi bertanggungjawab lain untuk tindakan seperti masalah jeti, jeti singgah utk pelajar sekolah dan lainnya.

Turut sama Setiausaha Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Bakelalan Steve Lius dan kenamaan lain.

Oleh ADENG EDRUS

Continue Reading

Previous: Ngo Dayak Miri wujudkan ‘Food Bank’
Next: SABERKAS Prihatin hulur bantuan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.