Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek pembinaan parit tertutup RM282,896 dijadual siap 9 November depan
  • WILAYAH

Projek pembinaan parit tertutup RM282,896 dijadual siap 9 November depan

Utusan Sarawak 11 months ago
JOSEPH Chieng ketika turun padang meninjau tapak projek pembinaan parit tertutup di Jalan Mengris, hari ini. 

SIBU: Projek pembinaan parit tertutup di hadapan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Uk Daik dengan kos RM282,896 telah mula dilaksanakan dan dijadual siap pada 9 November depan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek Joseph Chieng berkata, pembinaan parit tertutup sepanjang 160 meter dan 1.2 meter lebar itu di bawah Projek Rakyat dengan peruntukan daripada Majlis Perbandaran Sibu (MPS).

Menurutnya, pelaksanaan projek tersebut adalah perlu demi untuk keselesaan dan keselamatan murid-murid sekolah.

“Murid-murid tidak mempunyai tempat untuk menunggu ibu bapa mereka dan parit terbuka di hadapan sekolah amat membahayakan keadaan.

“Selain itu, jalan ini bukan hanya dilalui oleh murid-murid SJKC Uk Daik sahaja, malah pelajar dari Sekolah Menengah Tinggi Katolik dan SJKC Sacred Heart Cina menyebabkan jalan ini mengalami kesesakan lalu lintas yang teruk dan membahayakan murid-murid kerana mereka tidak mempunyai tempat untuk menunggu ibu bapa mereka, selain tidak ada tempat parkir.

“Oleh itu, pada tahun lepas, guru besar dan lembaga sekolah telah memohon pembinaan parit tertutup di hadapan sekolah agar murid-murid ada tempat selamat untuk menunggu ibu bapa mereka,” katanya kepada pemberita selepas meninjau tapak projek di Jalan Mengris, hari ini.

Beliau berterima kasih kepada MPS kerana meluluskan projek tersebut yang akan memberi banyak manfaat kepada murid-murid dan pihak sekolah.

“Kita akan berbincang mengenai aliran lalu lintas di hadapan sekolah dengan pihak MPS dan pihak sekolah untuk aliran lalu lintas yang lebih lancar semasa pembinaan ini dilakukan. Kita maklumkan kepada orang ramai mengenai kawalan keselamatan di kawasan projek ini,” katanya.

Chieng memberitahu, pihak sekolah telah memaklumkan kepada beliau yang mereka mahu memasang bumbung di kawasan terbabit selepas projek itu siap kelak.

“Kita perlu menunggu projek parit ini siap terlebih dahulu sebelum pemasangan bumbung dapat dilaksanakan di bawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) DUN Bukit Assek,” jelasnya.

Turut hadir ialah Guru Besar SJKC Uk Daik, Wong Kiu Sieng.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Elak sebarang musibah, pastikan pendawaian kediaman bersesuaian kapasiti elektrik
Next: SUKMA: Sarawak tidak tanggung kos pengangkutan atlet dari negeri lain

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.