Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek naik taraf tempat letak kereta siap sepenuhnya
  • Tengah
  • WILAYAH

Projek naik taraf tempat letak kereta siap sepenuhnya

Utusan Sarawak 5 months ago
PUSAT Khidmat DUN Tamin serah tapak projek RTP yang telah siap sepenuhnya melibatkan tempat letak kereta di Rumah Panjang Tuai Rumah Jenggut, Duat, kelmarin.

SELANGAU: Projek menaik taraf tempat letak kereta di Rumah Panjang Tuai Rumah Jenggut, Duat, kini siap sepenuhnya.

Majlis penyerahan projek telah diadakan kelmarin, melibatkan pihak agensi pelaksanaan Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Sibu dan pihak kontraktor.

Projek ini dilaksanakan menggunakan peruntukan kerajaan Sarawak di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin, Ir. Christopher Gira Sambang.

Gira dalam catatan di laman sosialnya mengucapkan tahniah kepada penduduk Rumah Panjang Tuai Rumah Jenggut kerana projek tersebut dapat disiapkan lebih awal daripada jadual oleh pihak kontraktor.

“Dengan siapnya projek RTP ini, penduduk kini dapat menikmati kemudahan tempat letak kenderaan yang lebih selesa.

“Selain itu, kawasan ini juga boleh digunakan untuk aktiviti riadah dan sukaneka, terutama menjelang Hari Krismas dan sambutan Tahun Baharu yang bakal tiba,” katanya.

Sementara itu, Tuai Rumah Jenggut menyampaikan penghargaan kepada ADUN Tamin dan kerajaan pimpinan GPS kerana terus mengambil berat terhadap pembangunan luar bandar.

“Saya amat gembira kerana kemudahan tempat letak kereta di rumah panjang kami kini telah siap. Terima kasih kepada kerajaan Sarawak kerana merealisasikan permintaan penduduk rumah panjang ini,” ujarnya.

Hadir sama dalam majlis tersebut, Penolong Jurutera (Awam) JKR Bahagian Sibu Diana, Pegawai Pusat Khidmat DUN Tamin Kaunselor (Kr.) Nyireng Saleh dan Kr. Ajan Dau, Tuai Rumah Jenggut, JKKK Rumah Panjang, serta pihak kontraktor projek.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pesta Benak: Ketahuilah apa itu ‘langko’ yang mula dipasang di tebing Batang Lupar
Next: IPD Sibu guna satu jam setengah amal hidup sihat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.