Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek naik taraf Rumah Panau di Ulu Kemalih Entabai akan dilaksanakan
  • Tengah
  • WILAYAH

Projek naik taraf Rumah Panau di Ulu Kemalih Entabai akan dilaksanakan

Utusan Sarawak 2 months ago
LAWATAN TAPAK… ADUN Meluan, Rolland Duat Jubin (dua, kanan) mengadakan lawatan tapak ke Rumah Panau di Ulu Kemalih, Entabai, semalam. Foto Facebook ADUN Meluan, Rolland Duat Jubin 

PAKAN: Cadangan projek naik taraf Rumah Panau di Ulu Kemalih, Entabai akan  dilaksanakan bagi memastikan penduduk rumah panjang tersebut menikmati kemudahan yang lebih baik. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meluan, Rolland Duat Jubin, berkata beliau bersama pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) telah melakukan lawatan tapak bagi meninjau sendiri keadaan rumah panjang tersebut, semalam. 

“Lawatan ini adalah bagi meninjau sendiri cadangan naik taraf rumah panjang yang akan dilaksanakan melalui peruntukan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) nanti,” katanya dalam satu hantaran di laman sosial Facebooknya. 

Rolland berharap dengan terlaksananya projek tersebut akan memberikan lebih keselesaan kepada penduduk Rumah Panau. 

“Kesempatan ini juga, saya gunakan sebaiknya untuk beramah mesra dengan penduduk kampung,” katanya. 

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Deretan gerai tepi jalan ‘hidupkan’ suasana Ramadan
Next: Bomba pantau dua kawasan rendah berisiko banjir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.