Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek Hospital Pakar Major Limbang dijangka siap dalam tempoh lima tahun  
  • Utara
  • WILAYAH

Projek Hospital Pakar Major Limbang dijangka siap dalam tempoh lima tahun  

Utusan Sarawak 5 months ago
KEMUDAHAN AMBULANS… Dr Abdul Rahman melihat lebih dekat ambulan Pertubuhan Pemeliharaan Hayat Limbang.

LIMBANG: Kerja-kerja awal pembinaan Projek Hospital Pakar Major Limbang bernilai RM300 juta kini sudah dimulakan.

Projek yang bakal mempunyai 20 kepakaran akan mengambil masa lima tahun untuk disiapkan.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata projek itu sememangnya amat diperlukan penduduk Limbang bagi menikmati kemudahan kesihatan yang lebih baik dengan prasarana perubatan yang lengkap.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota itu, keperluan ini penting kerana selama ini pesakit-pesakit di daerah Limbang terpaksa dirujuk ke Hospital Miri untuk rawatan susulan.

“Permohonan dan impian kita untuk memiliki Hospital Pakar Major Limbang sudahpun diluluskan dengan kos RM300 juta dan kerja-kerja awal sudah dimulakan dan apabila siap kita akan mempunyai 20 kepakaran,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Ambulans Limbang, Pertubuhan Pemeliharaan Hayat Limbang di Dewan Kampung Bunga Raya semalam.

Dr Abdul Rahman juga berharap sebuah poliklinik baharu dapat  dibina segera di kawasan Bandar Baru Limbang, bagi mengurangkan kesesakan yang dihadapi pesakit di Hospital Limbang.

Beliau juga optimis menjelang 2030 penduduk di utara Sarawak akan dapat menikmati kemudahan kesihatan yang lebih baik melalui siapnya pembinaan Hospital Pakar Major Limbang yang baharu dan Poliklinik Limbang.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pertandingan Menimang Bola Raga berlangsung 21 – 22 Disember ini
Next: Huang sumbang katil boleh laras kepada dua warga emas terlantar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.