Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Projek bina jambatan dalam fasa kenal pasti tapak projek
  • TEMPATAN

Projek bina jambatan dalam fasa kenal pasti tapak projek

Utusan Sarawak 1 month ago
DR Annuar ketika ditemui pemberita selepas menerima kunjungan Aidilfitri Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di kediamannya di Jalan Kangkong, pagi tadi.

SIBU: Projek pembinaan jambatan yang menghubungkan tebing barat Sibu ke pusat bandar masih dalam fasa mengenal pasti tapak projek. 

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Dr Annuar Rapaee menyatakan perkara itu kepada pemberita selepas menerima kunjungan Aidilfitri Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di kediamannya di Jalan Kangkong, pagi tadi.

Turut mengiringi ialah Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Dato Sri Julaihi Narawi dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek, Joseph Chieng Jin Ek.

Mengulas lanjut, Dr Annuar memberitahu, mengenal pasti tapak projek sangat penting kerana Jabatan Kerja Raya (JKR) telah mencadangkan beberapa lokasi.

“Kita dalam peringkat akhir untuk memuktamadkan tapak tersebut. Sesetengah tapak tidak sesuai kerana ia memerlukan pendaratan yang panjang,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka itu memberi jaminan jambatan itu akan dibina, tetapi mereka masih memerlukan masa untuk memuktamadkan semuanya.

Terdahulu, semasa sambutan Tahun Baru Cina Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) pada 17 Februari, Ketua Pemuda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Pusat, Kevin Lau Kor Jie telah mengusulkan cadangan pembinaan jambatan tersebut.

Pada majlis, Abang Johari telah meluluskan pembinaan jambatan itu. 

Katanya, jambatan sepanjang 400 meter itu akan merentasi Sungai Igan.

“Saya menggesa pelan terperinci dijalankan termasuk meneroka aktiviti ekonomi yang boleh dibangunkan di kawasan itu seperti tanaman getah atau padi,” ujarnya.

Oleh Akun Giman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Pinjaman pendidikan anak Sarawak bernilai RM7-RM8 juta dihapuskan
Next: Teknologi moden kurangkan risiko penyakit libatkan ternakan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.