Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Projek ALAF Fasa 5 perlukan peruntukan RM110 juta – Julaihi
  • TEMPATAN

Projek ALAF Fasa 5 perlukan peruntukan RM110 juta – Julaihi

Utusan Sarawak 7 months ago

KUCHING: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) telah dipohon untuk menyediakan dana tambahan berbentuk geran untuk menyiapkan projek di bawah inisiatif Pemohon Tambahan atau Lewat (ALAF) Fasa 5 Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Seri Julaihi Narawi berkata kementeriannya masih memerlukan dana berjumlah RM110 juta bagi menyiapkan projek itu.

“Masih ramai lagi isi rumah yang menunggu bagi ALAF Fasa 5 ini dan sehingga kini, kerajaan Sarawak telah membelanjakan peruntukan RM315 juta untuk pelaksanaan projek Fasa 1 hingga Fasa 4. 

“Cabaran lain yang kita hadapi termasuklah dari segi pelaksanaan dan teknikal kerana kita memerlukan lebih ramai orang yang cekap di lapangan,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan Skim Bekalan Elektrik Luar Bandar Alternatif Sarawak Fasa 2 di sini hari ini.

Julaihi berkata untuk itu, kementeriannya bekerjasama dengan Sarawak Energy Berhad (SEB) menerusi anak syarikatnya Syarikat SESCO Bhd bagi meningkatkan jumlah kontraktor yang lebih cekap, sekali gus mempercepatkan penyiapan projek bekalan elektrik berkenaan. 

“Penting untuk (projek ALAF) ini bukan hanya untuk memberi bekalan elektrik, tetapi juga untuk memenuhi keperluan rakyat di luar bandar yang gaya hidupnya sudah berubah,” katanya. 

Program ALAF merupakan antara inisiatif yang diperkenalkan sejak 2018 bagi menyediakan bekalan elektrik 24 jam ke kawasan luar bandar.– BERNAMA

Continue Reading

Previous: Projek pembangunan TLS bermula tahun depan
Next: Satu unit mungkin ditubuh untuk menyelia dua tapak warisan arkeologi UNESCO

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.