Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Program vaksinasi berjaya tingkatkan imuniti individu
  • TEMPATAN

Program vaksinasi berjaya tingkatkan imuniti individu

Utusan Sarawak 4 years ago
SUMBANGAN… Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan DBKU) Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi menyerahkan sebanyak 1,109 barang keperluan asas untuk membantu penduduk yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

KUCHING: Kebanyakan kes positif Covid-19 yang berlaku di Kampung Bintawa Ulu dan Kampung Bintawa Tengah melibatkan kategori satu dan kategori dua.

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan DBKU) Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi berkata, ia berdasarkan maklumbalas yang diterima daripada kakitangan perubatan yang bertugas.

“Ia membuktikan program pemberian vaksin yang dijalankan sebelum ini telah berjaya mengurangkan kesan kepada mereka yang sudah melengkapkan dua dos vaksin.

“Program vaksinasi yang dijalankan sebelum ini ternyata berjaya meningkatkan antibodi individu yang telah divaksin,” katanya, selepas menyampaikan barang basah kepada penduduk Kampung Bintawa Ulu dan Kampung Bintawa Tengah baru-baru ini.

Tambah beliau, sebanyak 1,109 barang keperluan asas disediakan untuk membantu penduduk yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Daripada jumlah itu, 644 bungkusan untuk penduduk Kampung Bintawa Ulu dan 465 bungkusan kepada penduduk Kampung Bintawa Tengah.”

Beliau turut menasihati penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Damai supaya terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan kerajaan.

“Walaupun kita sudah melengkapkan dua dos vaksin, SOP masih perlu dipatuhi.

“Kita perlu bersama-sama membantu kerajaan dalam memerangi pandemik Covid-19,” ujarnya.

Oleh AZREEN KERIA

Continue Reading

Previous: SJKC Chung San terima geran naik taraf sekolah
Next: PEMVAKSINAN REMAJA DIPERTINGKATKAN

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.