Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Program “Talk To Us” dapat sambutan menggalakkan
  • Utara
  • WILAYAH

Program “Talk To Us” dapat sambutan menggalakkan

Utusan Sarawak 2 months ago
SAMBUTAN… Program “Talk To Us” anjuran Balai Polis Batu NIAH di medan selera di sini mendapat sambutan masyarakat kawasan Batu Niah.

BATU NIAH: Program “Talk To Us” anjuran Balai Polis Batu Niah yang diadakan di medan selera di sini mendapat sambutan menggalakkan daripada komuniti setempat.

Program yang berlangsung pagi semalam itu diketuai oleh Sarjan Abdul Rahman Masjid, bersama Koperal Romizi Abdul Latif dan Koperal Norshima Mohamad Jais.

Menurut kenyataan Polis Daerah Miri, program “Talk To Us” bertujuan menerima aduan serta maklum balas daripada masyarakat berhubung isu-isu jenayah.

“Selain itu, ia juga bertujuan memupuk dan menyemai semangat persefahaman antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan komuniti dalam usaha pencegahan jenayah secara bersama.

“Program ini turut memastikan masyarakat mendapat gambaran jelas mengenai situasi jenayah di kawasan pentadbiran Balai Polis Batu Niah,” menurut kenyataan itu lagi.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Ramah tamah Aidilfitri perkukuh semangat perayaan, kebersamaan
Next: Dua surau terima sumbangan Projek Mesra Rakyat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.