Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Program OSC antara pendekatan PDRM perangi isu dadah
  • Utara
  • WILAYAH

Program OSC antara pendekatan PDRM perangi isu dadah

Utusan Sarawak 4 months ago
SEMAI KESEDARAN... Ladin diiringi DSP Liong  pada Program One Stop Committee (OSC) bagi menangani Isu Dadah dan Subtance (MIDS) Daerah Lawas. 

LAWAS: Program ‘One Stop Committee’ (OSC) bagi Menangani Isu Dadah dan Substans (MIDS) Daerah Lawas merupakan antara pendekatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memerangi isu dadah.

Ketua Polis Daerah Lawas DSP Liong Tindan berkata, program ini mampu menjadi medan mendidik dan memberi kesedaran kepada masyarakat agar bersama memerangi dan menolak dadah.

“Program ini bertujuan menyampaikan informasi tentang dadah dan jenayah penipuan dalam talian atau scammer dan mendedahkan peranan masyarakat dalam menangani isu dadah dan penipuan atas talian.

“Program ini merupakan perbincangan secara dua hala tentang isu-isu dan permasalahan yang dihadapi masyarakat dalam konteks dadah, penipuan atas talian dan masalah yang berlaku di daerah Lawas,” katanya.

Liong berkata demikian pada perasmian Program OSC bagi menangani Isu Dadah dan ‘Subtance’ (MIDS) Daerah Lawas.

Program ini telah dirasmikan oleh Pegawai Daerah Lawas Ladin  Atok.

Penganjuran program ini mendapat maklum balas yang positif daripada ketua masyarakat, ketua kaum dan ketua kampung yang hadir.

Sehubungan itu, IPD Lawas merancang mengadakan beberapa program kesedaran mengenai dadah, jenayah penipuan, keselamatan jalan raya dan pencegahan jenayah pada masa akan datang selain tindakan penguatkuasaan mengikut undang-undang sedia ada.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 807 murid 13 sekolah rendah terima sumbangan pakaian seragam sekolah
Next: KPD, ahli PERKEP Lawas santuni waris sarjan bersara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.