Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Program NRW Kebangsaan dilaksanakan bermula 2025 hingga 2030 – PETRA
  • SEMASA

Program NRW Kebangsaan dilaksanakan bermula 2025 hingga 2030 – PETRA

Utusan Sarawak 7 months ago
TIMBALAN Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Akmal Nasrullah Mohd Nasir pada Persidangan Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen, hari ini. FotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Program Kadar Air Tidak Berhasil (NRW) Kebangsaan akan dilaksanakan bermula tahun 2025 hingga 2030 melalui pembiayaan geran, kata Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) Akmal Nasrullah Mohd Nasir, hari ini. 

Beliau berkata, program ini merangkumi dua pendekatan termasuk melibatkan penggantian paip kritikal di seluruh negara dan penyelesaian NRW holistik di enam negeri iaitu negeri Pahang, Kelantan, Perlis, Sabah, Sarawak dan WP Labuan.

Akmal Nasrullah berkata demikian ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini bagi menjawab Abdul Latiff Abdul Rahman (PAS-Kuala Krai) mengenai peratus NRW mengikut negeri dan perancangan kementerian untuk mengatasinya dalam jangka masa pendek dan panjang termasuk menyediakan geran kepada negeri-negeri.

Selain itu, kadar imbuhan balik secara prorata akan diperkenalkan bagi menggalakkan penyertaan operator air di Selangor, Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Terengganu, Perak, Pulau Pinang dan Kedah.  

Program NRW Kebangsaan akan meningkatkan pengurusan air di seluruh negara, melibatkan kos sebanyak RM2.525 bilion dan ia telah dipersetujui oleh Jemaah Menteri pada 24 Julai lepas.

Akmal Nasrullah berkata berdasarkan kepada data daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, peratus NRW tahun 2023 bagi negeri Perlis adalah 64.5 peratus, Kelantan (54 peratus), Kedah (50.7 peratus) dan Pahang (47.7 peratus). – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Mangsa banjir di Perak, Selangor menurun, tiga PPS dibuka di Sarawak, Kuala Lumpur
Next: Isu agenda reformasi, penyelewengan diesel subsidi dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.