Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Program lawatan sambil belajar tingkat kesedaran keselamatan kanak-kanak
  • Tengah
  • WILAYAH

Program lawatan sambil belajar tingkat kesedaran keselamatan kanak-kanak

Utusan Sarawak 4 hours ago
PARA peserta bergambar bersama pasukan Bravo BBP Bintangor. Foto BBP Bintangor

BINTANGOR: Seramai 68 peserta terdiri daripada kanak-kanak dan guru pengiring Tabika Ria Taman Alomara telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor bagi memupuk kesedaran keselamatan kebakaran, baru-baru ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, program tersebut memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak mengenai aspek keselamatan kebakaran dan peranan pasukan bomba dalam menghadapi situasi kecemasan.

 ANTARA aktiviti yang dijalankan para peserta sepanjang program. Foto BBP Bintangor

“Program yang bermula sekitar 9.00 pagi itu melibatkan seramai 63 kanak-kanak dan lima guru pengiring dengan penglibatan pasukan Bravo BBP Bintangor.

“Program ini penting bagi memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak tentang keselamatan kebakaran serta cara bertindak sekiranya berlaku kecemasan,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, antara pengisian aktiviti termasuk ceramah kesedaran keselamatan kebakaran, pengenalan dan fungsi alat pemadam api serta demonstrasi tatacara pengendalian kebakaran dapur memasak.

 ANTARA aktiviti yang dijalankan para peserta sepanjang program. Foto BBP Bintangor

“Peserta turut didedahkan dengan demonstrasi memadam kebakaran menggunakan alat pemadam api dan kekili hos, di samping pameran peralatan kebombaan.

“Mereka juga berpeluang menaiki jentera bomba dan menyaksikan pameran bas daripada Bahagian Keselamatan Kebakaran (BKK) Sibu sebagai pengalaman pembelajaran secara interaktif.

“Pendekatan pembelajaran secara praktikal seperti ini dapat membantu meningkatkan kefahaman dan keyakinan kanak-kanak dalam menghadapi situasi kecemasan,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: IPD Lawas anjur program panggil nama, ikrar dan nyanyian Negaraku, 55 anggota hadir
Next: MBKS perkukuh kerjasama dengan komuniti penjaja

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.