Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Program komuniti dekatkan mahasiswa dengan masyarakat desa
  • Selatan
  • WILAYAH

Program komuniti dekatkan mahasiswa dengan masyarakat desa

Utusan Sarawak 6 hours ago
 PENSYARAH Pusat Pengajian Pra Universiti (PPPU), Dhana Jay. Foto Norman B

KOTA SAMARAHAN: Suasana harmoni dan penuh kemeriahan jelas terasa di Kampung Entingan apabila mahasiswa Pusat Pengajian Pra Universiti (PPPU), Universiti Malaysia Sarawak turun padang bersama penduduk kampung menerusi Program Asasi Kembali kepada Komuniti yang berlangsung semalam.

Program yang berlangsung seawal 7.00 pagi hingga 1.00 tengah hari itu bukan sahaja menjadi platform mendekatkan mahasiswa dengan masyarakat, malah menyemai nilai kesukarelawanan, kerjasama dan semangat kebersamaan dalam kalangan peserta.

Di sebalik senyuman dan gelak tawa yang menghiasi wajah peserta, terselit semangat kesukarelawanan yang begitu jelas terpancar apabila para pelajar tanpa kekok bergotong-royong bersama penduduk kampung, menyediakan juadah serta membantu menjayakan setiap aktiviti yang dirancang.

Program dimulakan aktiviti senamrobik yang menceriakan pagi, sekali gus mewujudkan suasana harmoni antara generasi muda dan komuniti setempat.

PERTANDINGAN bola sepak di antara penduduk Kampung Entingan dan mahasiswa Pusat Pengajian Pra Universiti (PPPU), Universiti Malaysia Sarawak. Foto Norman B

Antara pengisian utama program ialah aktiviti gotong-royong dan merewang yang bukan sahaja memperlihatkan kerjasama erat, malah menjadi ruang mahasiswa memahami kehidupan masyarakat luar bandar dengan lebih dekat.

Pensyarah PPPU, Dhana Jay berkata program sedemikian penting dalam membentuk sahsiah pelajar agar lebih peka terhadap nilai kemasyarakatan dan semangat bantu-membantu.

“Mahasiswa bukan hanya perlu cemerlang dalam akademik, tetapi juga perlu belajar menghargai nilai kebersamaan dan tanggungjawab sosial. Melalui aktiviti gotong-royong seperti ini, pelajar dapat merasai sendiri pentingnya semangat kerjasama dalam komuniti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Asasi Kembali kepada Komuniti yang berlangsung di Kampung Entingan, semalam.

Tambah beliau, interaksi secara langsung bersama masyarakat mampu merapatkan hubungan silaturahim selain membina keyakinan diri pelajar.

“Program ini memberi peluang kepada pelajar untuk keluar daripada suasana bilik kuliah dan mendekati masyarakat. Di sinilah mereka belajar tentang empati, toleransi serta kepentingan hidup bermasyarakat,” ujarnya.

Suasana semakin meriah menerusi pelbagai aktiviti sukaneka melibatkan kanak-kanak dan penduduk kampung antaranya isi air dalam botol, cari gula dalam tepung dan bola sepak antara penduduk kampung dan mahasiswa.

SEKITAR suasana Program Asasi Kembali kepada Komuniti mahasiswa Pusat Pengajian Pra Universiti (PPPU), Universiti Malaysia Sarawak di Kota Samarahan, semalam. Foto Norman B

Sorakan demi sorakan yang bergema di padang kampung seolah-olah menggambarkan bahawa perbezaan usia dan latar belakang bukan penghalang untuk masyarakat dan mahasiswa bersatu dalam sebuah keluarga besar.

Penganjuran program itu diharap mampu melahirkan generasi mahasiswa yang bukan sahaja berilmu dan berdaya saing, malah memiliki jiwa prihatin serta semangat sukarelawan yang tinggi dalam mendepani masyarakat.

Oleh Norman B

Continue Reading

Previous: 26 unit pendingin hawa baharu bakal dipasang di Klinik Kesihatan Bandaraya Miri
Next: Balai raya baharu Kampung Bahagia Jaya Teku lengkap kemudahan komuniti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.