MARUDI : Pengetua SMK Telang Usan, Rechard Emang menzahir kesyukuran dan penghargaan kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Baram kerana dapat bersama mereka melaksanakan Program Kesukarelawan dan Ziarah Prihatin.
“Saya berterima kasih keada PPD Baram, Mathew Laing Ngau atas kesudiannya dan membenarkan warga SMK Telang Usan untuk bersama mereka pada majlis ini,” tambah Rechard.
Menurut Rechard warga SMK Telang Usan merancang untuk mengadakan pertemuan dengan pemimpin rumah panjang, ibu bapa serta penduduk di kawasan Poyut / Nibong adalah untuk mengenali mereka dengan lebih dekat dalam konteks pendidikan.
Justeru itu pihak Pengurusan SMK Telang Usan juga bercadang untuk melawat ke semua rumah panjang di kawasan Poyut / Nibong dengan tujuan berbincang dengan ibu bapa tentang kehadiran anak-anak mereka ke sekolah.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena program Kesukarelawan dan Ziarah Prihatain yang dilancarkan Pegawai Pendidikan Daerah Baram Matthew Laing Ngau di Rumah Gawong Sg Selajau.
“Saya melihat kehadiran pelajar-pelajar dari Rumah Jawong ke sekolah amat memuaskan dan mengucapkan terima kasih kepada ibubapa atas kesedaran mereka pentingnya anak-anak ke sekolah,” katanya.
Tegasnya, ibubapa memainkan peranan penting dan bertanggungjawab untuk menghantar anak-anak kes sekolah demi masa depan mereka.
“Maka itu pada program ini saya serta guru-guru dari SMK Telang Usan ingin menerangkan serta memberi motivasi kepada semua ibu bapa pentingnya pendidikan kepada anak-anak mereka,” katanya
Beliau minta kerjasama semua pihak, ibu bapa dan pemimpin rumah panjang supaya memberi perhatian penuh kepada anak-anak bagi memastikan mereka datang ke sekolah.
Tambahnya jika ada masalah yang dihadapi anak-anak, ibu bapa perlu berjumpa dengan pihak pengurusan sekolah untuk menyelesaikannya dengan baik.
Pada majlis tersebut Matthew Laing turut menyampaikan Sijil Pelantikan Guru Pewaris Negara (GPN) sesi 2022 / 2023 kepada guru-guru yang terlibat.
Turut berucap Penghulu Keir Sulang Ajai.