Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Program kemasyarakatan dedah generasi baharu kepada agenda kerajaan
  • SEMASA

Program kemasyarakatan dedah generasi baharu kepada agenda kerajaan

Utusan Sarawak 3 months ago
DATUK Dr Abdul Rahman Junaidi merakam kenangan bersama penerima dana bagi melaksanakan program dan aktiviti di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Damai di Kuching, semalam.
 

KUCHING: Golongan muda perlu diberikan pemahaman yang jelas mengenai matlamat dan hala tuju kerajaan Sarawak dalam usaha membangunkan negeri ini pada masa hadapan.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, dengan mengadakan program kemasyarakatan, ia mampu memberi pendedahan kepada generasi muda untuk mengetahui matlamat dan agenda kerajaan dari semasa ke semasa.

“Program yang melibatkan generasi muda sangat penting kerana mereka adalah penerus kepimpinan di negeri ini.

“Melalui pemahaman yang lebih mendalam tentang pelan pembangunan kerajaan, mereka akan turut bersama-sama dalam usaha membentuk Sarawak yang lebih maju,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa majlis Penyampaian Dana Pentadbiran dan Aktiviti di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai di sini, hari ini.

Beliau turut menekankan bahawa peranan generasi muda dalam pembangunan negeri tidak boleh dipandang remeh khususnya dalam menyertai program atau aktiviti berkaitan masyarakat.

“Menerusi program ini mereka akan dilatih untuk menjadi pemimpin yang berwawasan dan berdaya saing pada masa hadapan,” kata beliau.

Sementara itu, majlis yang diadakan hari ini turut memberi penghargaan kepada pertubuhan, persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berjaya menjalankan aktiviti bermanfaat kepada masyarakat melalui dana yang diserahkan oleh Pusat Khidmat ADUN Pantai Damai sebelum ini.

Dengan dana berkenaan, ia bertujuan menyokong kelangsungan program-program tersebut pada masa akan datang.

Oleh Masrin Affirah

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Jumlah mangsa banjir menurun, lapan PSS ditutup 34 masih aktif
Next: Operasi helikopter Hornbill Skyways  hantar bantuan pada hari kedua

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.