KOTA SAMARAHAN, 28 Nov: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.17 Stakan menyaksikan saingan satu lawan satu antara calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Hamzah Brahim dan calon Parti Bumi Kenyalang (PBK), Atet Dego pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13.
Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Rais Ahmad, mengesahkan kedua-dua calon layak bertanding selepas proses penamaan calon dan semakan dokumen pencalonan selesai hari ini.
Proses penamaan calon berlangsung di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Sungai Jernang, Kota Samarahan.
Kehadiran penyokong kedua-dua calon turut memeriahkan suasana di pusat penamaan calon apabila masing-masing hadir bagi memberikan sokongan kepada calon pilihan mereka.
Keseluruhan proses penamaan calon berlangsung dalam keadaan tenang dan terkawal tanpa sebarang gangguan.
Oleh Masrin Affirah



