PETRA JAYA, 25 November: Gabungan Parti Sarawak (GPS) menampilkan 11 calon muka baharu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-13.
Ia sebagai sebahagian usaha meremajakan barisan kepimpinan dan jentera parti, selain memberi ruang kepada muka baharu untuk membawa pendekatan serta tenaga segar dalam landskap politik Sarawak.
11 calon baharu yang dikenal pasti ialah:
1. N9 Padungan – Wung Duk Ing
2. N16 Muara Tuang – Dr Dayang Nurfizawati Abang Abdul Karim
3. N25 Simunjan – Yussuf Chik
4. N29 Beting Maro – Awang Nashfarini Awang Sarbini
5. N32 Simanggang – Leonard Libau Anol
6. N40 Kabong – Nor-E-Fadzwie Salleh
7. N49 Ngemah – Alexander Donald
8. N53 Bawang Assan – Kevin Lau Kor Jie
9. N61 Pelagus – Cerisologo Sabut
10. N71 Bekenu – Nurfatin Syafawani Tahamat
11. N80 Batu Danau – Datu Jack Liam
Penampilan calon baharu ini mencerminkan usaha GPS menyuntik pembaharuan dalam barisan kepimpinannya, di samping memastikan kesinambungan perjuangan dan khidmat kepada rakyat Sarawak.



