Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • PRK Kemaman: Jangkaan 70 peratus keluar mengundi – SPR
  • NASIONAL

PRK Kemaman: Jangkaan 70 peratus keluar mengundi – SPR

Utusan Sarawak 1 year ago
PARA petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sibuk melakukan persiapan menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen P.040 Kemaman, di Pusat Penjumlahan Undi PRK P.040 Kemaman, Dewan Berlian Utama, Majlis Perbandaran Kemaman hari ini. SPR menjangkakan peratusan keluar mengundi bagi PRK Kemaman esok, boleh mencapai sehingga 70 peratus. FotoBERNAMA

CHUKAI: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, esok, boleh mencapai sehingga 70 peratus.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata jangkaan itu, bagaimanapun bergantung keadaan cuaca hujan yang melanda Pantai Timur termasuk di Kemaman ketika ini. 

“Cuaca esok diramalkan ada sedikit hujan dan insya-Allah di kawasan Kemaman ini, kita bersedia dan dijangka tidak ada bahagian yang akan naik air.

“Harapan saya diminta sangat-sangat pengundi Kemaman dapat keluar mengundi dan kita harap peratusan keluar mengundi dapat ditingkatkan lebih kurang 70 peratus,” katanya kepada media selepas meninjau persiapan akhir pengundian PRK Kemaman di Majlis Perbandaran Kemaman hari ini.

Laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan hujan berterusan dijangka melanda daerah Kemaman dari pagi sehingga petang.

Dalam pada itu Abdul Ghani berkata sebanyak 49 pusat mengundi, akan dibuka 8.00 pagi esok di empat daerah Kemaman melibatkan 244 saluran.

Sementara keputusan penuh PRK Kemaman hanya akan diketahui seawal 9.00 malam. 

Abdul Ghani berkata, SPR juga telah melaksanakan persediaan sekiranya berlaku banjir, mahupun bekalan elektrik putus di mana-mana pusat pengundian.

“Alhamdulillah hari ini persiapan berjalan lancar dan saya ingatkan pengundi esok supaya bawa kad pengenalan masing-masing dan keluar mengundi pada waktu yang digalakkan.

“Nasihat saya buat calon dan pengundi jangan pakai baju, payung yang tidak dibenarkan dan pakai pakaian biasa yang sopan, kita harap semua ikut arahan seperti yang ditetapkan,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Kerajaan Persekutuan teruskan subsidi perjalanan laut antara Labuan, Sabah, Sarawak
Next: PM Anwar bayangkan rombakan Kabinet bulan ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.