Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Prihatin keluhan, aduan penduduk
  • Tengah
  • WILAYAH

Prihatin keluhan, aduan penduduk

Utusan Sarawak 1 month ago
IR Christopher Gira Sambang bersama yang lain bergambar semasa Program Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Panjang Tuai Rumah Tan Nari, Sekuau, baru-baru ini. Foto FB DUN Tamin

SELANGAU: Pemimpin yang dilantik di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tamin perlu sentiasa prihatin terhadap keluhan serta aduan penduduk, tegas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin, Ir. Christopher Gira Sambang.

Beliau berkata, kualiti kepimpinan dalam kalangan Kaunselor dan Tuai Rumah perlu sentiasa dititikberatkan bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat berada pada tahap terbaik.

“Pemimpin tempatan seperti Kaunselor dan Tuai Rumah bukan sekadar simbol, mereka merupakan penghubung utama antara kerajaan dan rakyat.

“Mereka perlu cakna dan proaktif dalam menyelesaikan isu yang dihadapi penduduk rumah panjang masing-masing,” katanya ketika berucap pada Program Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Panjang Tuai Rumah Tan Nari di Sekuau, baru-baru ini.

Menurut beliau lagi, latar belakang pendidikan turut diambil kira dalam pelantikan Kaunselor bagi memastikan mereka berkeupayaan menyumbang secara efektif dalam mesyuarat dan perbincangan Majlis Daerah.

“Ahli Majlis Tempatan merupakan ‘pemimpin kecil’ di peringkat akar umbi dan mereka harus mempunyai kelayakan yang membolehkan mereka bersaing serta membawa idea bernas demi pembangunan zon masing-masing,” katanya.

Dalam pada itu, Gira turut menyifatkan dirinya bertuah kerana dikelilingi oleh barisan pemimpin kawasan seperti Penghulu, Kaunselor dan Tuai Rumah yang aktif, rajin serta komited menjalankan tugas di kawasan Sekuau.

Beliau turut menyifatkan Sekuau sebagai ‘kubu kuat’ beliau dalam dua pilihan raya lepas, yang menyaksikan kemenangan di semua peti undi di kawasan itu.

“Sekuau sentiasa istimewa di hati saya, seperti keluarga,” tambahnya.

Menyentuh mengenai pembangunan pertanian di Sekuau, Gira berkata Lembaga Getah Sarawak (Sarib) kini mengambil alih pengurusan ladang getah di kawasan itu daripada Kerajaan Persekutuan bagi tujuan pembangunan.

Menurut beliau, seramai 517 peserta projek getah di Sekuau bakal menerima manfaat termasuk dividen serta bayaran sewaan sebanyak RM200 sebulan bagi setiap hektar.

“Saya amat gembira dengan usaha Sarib ini kerana ia pasti membawa impak ekonomi yang positif kepada penduduk Sekuau,” katanya.

Pada majlis sama, Gira turut mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM55,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta Biro Wanita Rumah Panjang Tuai Rumah Tan.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah isteri ADUN Tamin Anita Anthony Ijan, Pegawai Daerah Selangau Yalin Asan, Jurutera Bahagian Sibu Ts. Chieng Siong Ming serta barisan Penghulu, Kaunselor dan Tuai Rumah dari seluruh kawasan DUN Tamin.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kunjungan Aidilfitri ke kediaman KMKK Melayu Bintangor
Next: Ular Sawa empat kaki ditemui di Jalan Warisan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.