Presiden Jokowi lancar pembinaan hospital di Nusantara

Facebook
WhatsApp
JOKOWI (empat, kiri) di acara pecah tanah hospital baharu di Nusantara. Beliau menetapkan pertengahan 2024 sebagai tempoh sasaran untuk menyiapkan hospital berkenaan. Foto Kredit: Facebook Joko Widodo

NUSANTARA: Presiden Joko Widodo (Jokowi) hari ini , merasmikan pembinaan Central General Hospital di tapak pembangunan Nusantara di Penajam Paser Utara, Provinsi Kalimantan Timur.

“Dalam tempoh tiga bulan ini, kita telah pun memulakan pembinaan tiga hospital swasta,” katanya pada majlis pecah tanah hospital itu.

Jokowi berkata Hospital Hermina, Hospital Abdi Waluyo dan Hospital Mayapada sedang dalam pembinaan, lapor Agensi Berita Antara.

Terdahulu, Presiden Jokowi menyertai majlis pecah tanah Hospital Mayapada Nusantara pada 31 Oktober, Hospital Abdi Waluyo pada 22 Sept dan Hospital Hermina pada 1 November.

Beliau menetapkan pertengahan 2024 sebagai tempoh sasaran untuk menyiapkan hospital berkenaan.

Proses pembangunan empat hospital di IKN Nusantara dijangka siap sebelum ulang tahun ke-79 Kemerdekaan Indonesia pada 17 Ogos tahun depan. – Bernama – Antara

BMW bakal kurangkan 8,000 pekerja

BRUSSELS: Pengeluar kenderaan Jerman, BMW, akan mengurangkan kira-kira 8,000 pekerja dan kebanyakannya di Jerman, sebagai sebahagian daripada program pengurangan kos