Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Presiden Brazil cedera di kepala
  • GLOBAL

Presiden Brazil cedera di kepala

Utusan Sarawak 7 months ago
  • Batalkan lawatan ke Sidang Kemuncak BRICS
PRESIDEN Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva.

SAO PAULO: Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva dimasukkan ke hospital di Brasilia selepas mengalami kecederaan di kepala akibat kemalangan di kediamannya pada Sabtu, lapor Xinhua.

Pejabat Presiden mengumumkan bahawa lawatan beliau ke Rusia bagi menghadiri Sidang Kemuncak BRICS yang dijadualkan berlangsung dari 22 hingga 24 Oktober di Kazan telah dibatalkan atas nasihat perubatan.

Lula da Silva, 78, disarankan untuk mengelakkan perjalanan jarak jauh, menurut kenyataan pejabatnya.

Bagaimanapun, beliau akan menyertai sidang kemuncak itu melalui persidangan video dari Brasilia dan meneruskan jadual kerjanya seperti biasa minggu depan.

Presiden itu dimasukkan ke hospital di Brasilia dengan kecederaan lebam pada bahagian belakang kepala.

“Selepas menjalani penilaian oleh pasukan perubatan, Lula dinasihatkan untuk mengelakkan perjalanan jauh namun masih boleh menjalankan tugas-tugas lain,” menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pasukan doktor. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: WHO sahkan Mesir bebas malaria
Next: 7 maut, lebih 431,000 keluarga terjejas akibat ‘Trami’ landa Filipina

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.