Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Premis urut diserbu, lima wanita warga asing dicekup
  • JENAYAH

Premis urut diserbu, lima wanita warga asing dicekup

Utusan Sarawak 5 hours ago
ANTARA lima warga asing yang ditahan pada serbuan yang dilakukan oleh Cawangan D7 Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Sarawak di sebuah premis di Jalan Tun Jugah di Kuching, kelmarin.

KUCHING: Lima wanita warga asing ditahan dalam satu operasi bersepadu yang dijalankan di sebuah premis di Jalan Tun Jugah di sini kerana disyaki melakukan kesalahan berkaitan imigresen dan pekerjaan tanpa permit yang sah.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Anak Chabu berkata, serbuan yang dijalankan sekitar 2.45 petang pada 30 Mei lalu itu melibatkan Cawangan D7 Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Sarawak dengan kerjasama Jabatan Tenaga Kerja Sarawak.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati premis berkenaan dipercayai beroperasi tanpa lesen perniagaan yang sah sebelum membawa kepada penahanan lima wanita berusia antara 23 hingga 38 tahun yang dipercayai bekerja sebagai tukang urut.

“Hasil semakan mendapati dua daripada wanita terbabit tidak memiliki permit kerja atau Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang sah, manakala tiga lagi gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau berkata, dalam operasi sama polis turut merampas dua buah pasport, satu paket kondom serta wang tunai berjumlah RM484 untuk membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas atau permit yang dikeluarkan, selain Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana memasuki atau berada di Malaysia tanpa pas yang sah.

Jika disabitkan kesalahan, individu terbabit boleh dikenakan denda, hukuman penjara atau kedua-duanya sekali mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Alexson berkata, pihak polis akan terus mempergiat operasi penguatkuasaan terhadap premis yang menggaji warga asing tanpa dokumen atau permit yang sah serta mana-mana premis yang beroperasi melanggar undang-undang sedia ada.

Oleh Shahrul Qaizat

Continue Reading

Previous: Lelaki rugi hampir RM400,000 terjerat kerja sambilan dalam talian di Miri
Next: Wanita reka cerita disamun di Miri, kini disiasat polis

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.