Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Premier Sarawak dan rombongan hadiri lima mesyuarat, tingkat kerjasama di Jepun
  • SEMASA

Premier Sarawak dan rombongan hadiri lima mesyuarat, tingkat kerjasama di Jepun

Utusan Sarawak 5 months ago

Mesyuarat dengan Sumitomo Corporation dan Japan Organization for Metals and Energy Security (JOGMEC). Foto Ihsan Jabatan Premier Sarawak.

TOKYO: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg meneruskan lawatan kerja rasmi dengan menghadiri lima mesyuarat di sebuah hotel terkemuka di sini hari ini.

Mesyuarat yang dihadiri rombongan kerajaan Sarawak itu adalah antara lain bagi meningkatkan kerjasama ekonomi sekali gus merangsang pelaburan dalam sektor utama seperti industri minyak dan gas, pemerapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS), mineral, pembiayaan projek, perindustrian dan yang berkaitan.

Mesyuarat pertama yang dihadiri beliau ialah bersama pihak ENEOS Corporation and JX Nippon Oil & Gas Exploration Corporation.

Seterusnya Premier Sarawak menghadiri mesyuarat bersama Japan Bank for International Cooperation (JBIC) diikuti mesyuarat bersama pihak Sumitomo Corporation.

Abang Johari kemudian meneruskan mesyuarat bersama pihak Japan Organization for Metals and Energy Security (JOGMEC) dan Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri (METI), Jepun.

Mengiringi Abang Johari dalam mesyuarat itu adalah Duta Besar Malaysia ke Jepun, Dato Shahril Effendi Abd Ghany; Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan; Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi; Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan, Datuk Dr Malcolm Mussen Lamoh dan Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Datuk Dr Hazland Abang Hipni.

Turut hadir ialah Peguam Besar Sarawak, Dato Sri Saferi Ali; Setiausaha Kewangan Sarawak, Dato Sri Dr Wan Lizozman Wan Omar; Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan), Dato Sri Dr Muhammad Abdullah Zaidel serta pegawai kanan kerajaan Sarawak.

Sementara itu, esok Premier Sarawak dijangka menghadiri mesyuarat bersama pihak Boeing Japan berhubung Bahan Api Penerbangan Mampan (SAF) serta pembangunan dan penyelidikan berkaitan.-EDISI UKAS

Continue Reading

Previous: Projek ART Sarawak jadi inspirasi untuk tram Gunung Fuji
Next: Agong berkenan serah Surat Cara Pelantikan kepada Musa Aman sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah Ke-11 hari ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.