Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Premier bangga Sarawak sapu kejuaraan SUKMA dan Para SUKMA
  • SUKAN

Premier bangga Sarawak sapu kejuaraan SUKMA dan Para SUKMA

Utusan Sarawak 9 months ago

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, menyatakan rasa bangganya atas kejayaan cemerlang atlet Sarawak dalam mengungguli dua temasya sukan yang berlangsung baru-baru ini.

Beliau mengesahkan bahawa Sarawak berjaya meraih gelaran juara keseluruhan Para Sukan Malaysia (Para SUKMA) ke-21 setelah menduduki tempat teratas dalam kutipan pingat.

“Sarawak berjaya menjadi juara keseluruhan Para SUKMA kali ini, dengan pungutan lebih 80 pingat emas. 

“Saya telah melihat keputusan secara dalam talian, dan terbukti kita telah menjadi juara untuk kedua-dua SUKMA dan Para SUKMA ,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam gala Anugerah Pelancongan Hornbill Sarawak ke-9 di Pusat Acara Hikmah Exchange, di sini malam tadi.

Setakat ini, Sarawak mendahului jauh kontinjen lain dengan kutipan 82 emas sekali gus merampas semula gelaran juara keseluruhan daripada negeri jiran, Sabah.

Sabah ketika ini berada di tempat kedua dengan perbezaan 20 pingat emas dan hari ini hanya tinggal satu acara dengan sembilan emas bakal dipertandingkan. 

Ini bermakna, Sarawak bakal dinobatkan juara untuk kali ke-14 secara rasmi pada acara penutup Para SUKMA 2024 malam ini.

Kontinjen Bumi Kenyalang sebelum ini menunjukkan dominasi dalam temasya bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU) apabila muncul juara keseluruhan sebanyak 13 kali berturut-turut dari edisi 1994 di Johor hingga 2018 di Perak.

Ini amat berbeza dengan SUKMA 2024 bulan lalu, apabila Sarawak bersaing hebat dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hingga detik terakhir dengan kemenangan berpihak kepada tuan rumah, melalui perbezaan cuma satu pingat emas.

Oleh SHAHRUL QAIZAT 

Continue Reading

Previous: Tuah ‘kolam emas’ di Bumi Kenyalang, Sarawak mahu lahir atlet bertaraf dunia
Next: Dulu kerja di pasar raya, kini kejar pingat demi Malaysia – Azlan Mos

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.