Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • PPWS pacu pembangunan wanita Sarawak
  • Tengah
  • WILAYAH

PPWS pacu pembangunan wanita Sarawak

Utusan Sarawak 2 months ago
KENANGAN… Dato Mohd Chee Kadir dan isteri merakam gambar bersama peserta pada
majlis Khatam al-Quran Beramai-Ramai PPWS dan Berbuka Puasa di Masjid Tok Amal, Kampung Nyabor petang semalam. Foto ADUN Kabong

KABONG: Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) Kampung Nyabor memainkan peranan penting dalam pembangunan wanita di Sarawak khususnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata pertubuhan itu memainkan peranan membimbing dan menggerak wanita ke arah kemajuan pendidikan di samping melaksana projek serta aktiviti menjana pendapatan.

“PPWS menggilap potensi, meningkat taraf wanita dan memberi sumbangan ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat termasuk negara serta menggalak perpaduan, persefahaman dan persahabatan antara semua kaum negeri ini,” katanya semasa berucap merasmikan Majlis Khatam al-Quran Beramai-Ramai PPWS dan Berbuka Puasa di Masjid Tok Amal, Kampung Nyabor dekat sini petang semalam.

Seramai 41 peserta wanita telah menyertai Khatam al-Quran tersebut. Turut diadakan penyerahan bantuan bakul makanan kepada 10 asnaf dan sumbangan duit raya kpada lima anak yatim sumbangan daripada Lembaga Amanah Kebajikan Islam Nyabor (LAKIN).

Chee Kadir berkata selain kemajuan fizikal, golongan wanita perlu melibatkan diri dengan aktiviti ekonomi yang boleh meningkatkan pendapatan keluarga.

PPWS katanya sebagai badan yang memayungi golongan wanita boleh mencari kaedah terbaik bagi membangunkan ekonomi wanita di daerah ini.

Pada majlis tersebut, Chee Kadir turut mengumumkan sumbangan kepada PPWS Kampung Nyabor A dan B masing-masingnya berjumlah RM5,000.

Turut hadir Datin Meryani Yassin, Pegawai Daerah Kabong, Tahir Sharee, Pengerusi Jawatankuasa Masjid Tok Amal Kampung Nyabor, Penghulu Wahab Samsu dan Pengerusi PPWS Nyabor B, Raobah Awi.
Oleh Adi Saparman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Bukti kesungguhan GPS tunaikan janji kepada rakyat
Next: Paras air sungai di Song pada tahap waspada

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.