Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • PPS Dewan Rumah Dayak Saratok terima seorang lagi mangsa banjir  
  • Tengah
  • WILAYAH

PPS Dewan Rumah Dayak Saratok terima seorang lagi mangsa banjir  

Utusan Sarawak 4 months ago

SARATOK: Jumlah mangsa banjir di Rumah Ason, Tembawai Kapok, Awik di sini mencatatkan sedikit peningkatan apabila seorang lagi mangsa telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Rumah Dayak Saratok, hari ini.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Saratok, Leftenan Nur Athirah Batu berkata dengan penambahan seorang lagi mangsa iaitu lelaki, menjadikan jumlah di PPS itu seramai 90 orang daripada 21 buah keluarga.

“Kita jangkakan, bilangan mangsa yang ditempatkan ke PPS Dewan Rumah Dayak Saratok dijangka akan bertambah.

“Terdapat beberapa buah keluarga difahamkan telah tinggal di rumah ahli keluarga terdekat dan kita akan mengemas kini perkembangan dari semasa ke semasa berhubung perkara ini.

Untuk itu, jumlah terkini mangsa di PPS Dewan Rumah Dayak Saratok telah meningkat kepada 90 orang daripada 21 buah keluarga,” katanya.

Nur Athirah berkata pecahan mangsa di PSS berkenaan terdiri daripada 55 lelaki dan 35 wanita termasuk tiga bayi lelaki dan perempuan serta tiga lelaki kurang upaya.

“Anggota APM akan terus memantau situasi semasa dengan turun padang ke kawasan terjejas dan menasihati penduduk di kawasan yang berisiko banjir untuk peka akan arahan semasa daripada pihak berwajib.

“Kita juga menasihati penduduk terutama yang tinggal di kawasan rendah supaya mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa berada dalam keadaan siap sedia menghadapi musim banjir,” katanya.

Nur Athirah dalam pada itu menggesa kepada penduduk di lokasi terjejas banjir diminta segera berpindah ke PPS sebaik sahaja mendapat arahan daripada pihak berkuasa.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 17 pelajar Ijazah Sarjana Muda Kimia Perindustrian lawat Loji MDS
Next: 1,500 unit lampu solar dipasang di kawasan DUN Jepak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.