Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • PPS Dewan Masyarakat Kampung Lutong Sebangan ditutup
  • TEMPATAN

PPS Dewan Masyarakat Kampung Lutong Sebangan ditutup

Utusan Sarawak 3 months ago
ANGGOTA pelbagai agensi merakam kenangan sebelum menutup PPS Dewan Masyarakat Kampung Lutong Sebangan, semalam.

SEBUYAU: Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Masyarakat Kampung Lutong Sebangan telah ditutup sepenuhnya setelah banjir di kawasan terbabit pulih sepenuhnya.

Penutupan PPS semalam, dimaklumkan oleh Pegawai Daerah Sebuyau merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Sebuyau, Ayuradiman Bujang.

Menurutnya, PPS itu ditutup sepenuhnya pada 12.30 tengah hari setelah membuat pemantauan bersama Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Sebuyau yang mendapati keadaan kampung telah selamat sepenuhnya.

Sebanyak 51 mangsa daripada 17 ketua isi rumah dari 3 lokasi terjejas iaitu Kampung Stika, Kampung Lubuk Menanti dan Kampung Pantu Plaie telah ditempatkan di PPS tersebut sebelum dibenarkan pulang.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Sukan berbasikal erat hubungan Sarawak-Kalimantan Barat
Next: Promosi motosikal elektrik, alternatif mesra alam sektor pelancongan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.