
SIBU: Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Balai Raya Song secara rasmi diisytiharkan ditutup sepenuhnya, 5.00 petang hari ini.
Penutupan itu telah diisytiharkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Song, Harry Bruce Edwin.
Setakat 4.00 petang tadi, PPS Balai Raya Song menempatkan seramai 104 Ketua Isi Rumah (KIR) dan 379 mangsa banjir.