Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • PPS: 26 masih aktif, 58 ditutup keadaan banjir semakin pulih
  • SEMASA

PPS: 26 masih aktif, 58 ditutup keadaan banjir semakin pulih

Utusan Sarawak 3 months ago

KUCHING: Situasi banjir di Sarawak menunjukkan perkembangan positif apabila jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) semakin berkurang.

Setakat 4.00 petang, seramai 4,520 mangsa masih berada di PPS, berbanding 5,492 orang yang direkodkan pada 12.00 tengah hari tadi.

Sebanyak 26 PPS masih beroperasi di seluruh negeri, manakala 58 PPS telah ditutup susulan keadaan banjir yang semakin pulih.

Serian mencatatkan perkembangan positif apabila semua PPS di bahagian itu telah ditutup sepenuhnya.

Bahagian yang masih terjejas termasuk Samarahan dengan dua PPS yang masih aktif dan 12 PPS telah ditutup, melibatkan 106 mangsa.

Sarikei pula mempunyai satu PPS yang masih beroperasi dengan 13 mangsa, manakala Sibu mencatatkan enam PPS yang masih dibuka dan empat telah ditutup, menempatkan 1,157 mangsa.

Selain itu, Mukah masih mempunyai empat PPS yang aktif dengan tiga telah ditutup, melibatkan 522 mangsa.

Di Bintulu, lima PPS masih beroperasi sementara lima lagi telah ditutup dengan jumlah mangsa seramai 1,593 orang.

Miri pula terus mencatat jumlah mangsa yang tinggi dengan lapan PPS yang masih aktif dan enam telah ditutup, melibatkan 1,129 orang.

Oleh Amanda L. 

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Sarawak perlu ambil langkah proaktif hadap ancaman kenaikan paras laut
Next: Banjir: Jumlah mangsa di kawasan tengah Sarawak pula naik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.