Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Poster bukan kertas undi
  • TEMPATAN

Poster bukan kertas undi

Utusan Sarawak 5 years ago
DATUK Lily Yong beramah mesra bersama warga emas ketika pengagihan Kenyalang Gold Card di Kuching, semalam.

KUCHING: “Parti Tindakan Demokratik Sarawak (DAP) sangat tidak matang,” tegas Ketua Wanita Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cabang Kuching, Datuk Lily Yong.

Beliau menempelak kenyataan yang dikeluarkan Pembantu Khas DAP, Julian Tan Kok Ping yang memberitahu pihaknya memasang poster menyerupai kertas undi di premis kedai ketika pengagihan Kenyalang Gold Card (KGC).

“Bendera GPS sudah lama berkibar sejak ia mula diperkenalkan. Kenapa perkara ini dibesar-besarkan oleh Julian pada hal jerayawara pengagihan KGC ini sudah berlangsung di seluruh Sarawak,” katanya ketika ditemui pemberita semasa pengagihan KGC di Padungan, semalam.

“Poster berkenaan bukan kertas undi. Tidak ada istilah poster itu kertas undi, pada hal KGC itu memang diperkenalkan oleh kerajaan Sarawak,” jelasnya.

Sebelum ini, pada 22 September lalu, Julian membuat satu laporan polis terhadap Datuk Lily Yong.

Menurutnya, Lily telah melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Menurut Julian, sebagai parti, SUPP tidak boleh memasang poster yang menyerupai kertas undi. 

Sementara itu, beliau juga berharap supaya SUPP memikirkan cara yang lebih berkesan untuk menyerahkan KGC kepada warga emas.

“Warga emas mudah terkena banyak penyakit dan mereka perlu pergi ke tempat tertentu untuk mengambil kad itu,” katanya.

Oleh Nur Ain Otsman

Continue Reading

Previous: GASAK eksklusif untuk Sarawak sahaja
Next: Bekalan elektrik 15 premis judi dipotong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.