Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Porsche musnah terbakar
  • KEBAKARAN

Porsche musnah terbakar

Utusan Sarawak 2 months ago
SEBUAH kereta jenis Porsche terbakar sepenuhnya dalam kejadian di Jalan Datuk Mohammad Musa, Kota Samarahan, petang tadi. Foto BOMBA

KOTA SAMARAHAN: Sebuah kereta mewah jenis Porsche dengan nombor pendaftaran PLG 98 musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Jalan Datuk Mohammad Musa, petang tadi.

Pusat Gerakan Operasi Bomba menerima panggilan kecemasan pada 5.30 petang, sebelum menghantar pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Samarahan ke lokasi kejadian, yang terletak 12 kilometer dari balai.

Ketibaan jentera di lokasi pada 5.40 petang mendapati kenderaan berkenaan telah terbakar 100 peratus.

Pasukan diketuai oleh PBK II (TBK I) Nur Affandy segera menjalankan operasi pemadaman menggunakan dua aliran salur bantu mula dari jentera bomba.
Kebakaran berjaya dikawal dan dipadamkan sepenuhnya pada 6.14 petang.

Tiada mangsa dilaporkan dalam kejadian ini, manakala punca kebakaran serta nilai kerugian masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Setelah memastikan tiada lagi punca api yang boleh mencetuskan kebakaran semula, pasukan bomba berundur dari lokasi dan menyerahkan tindakan selanjutnya kepada pihak polis.
Oleh Amanda L


Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Insiden kebakaran tular di media sosial tidak berlaku di stesen minyak Petronas Dagangan
Next: Kronologi kebakaran saluran gas di Putra Heights

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.