Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Populasi mamalia, burung, reptilia, ikan turun 68 peratus
  • GLOBAL

Populasi mamalia, burung, reptilia, ikan turun 68 peratus

Utusan Sarawak 5 years ago
WWF MALAYSIA

MOSCOW: Saintis yang menganalisis data lebih 4,000 spesies mamalia, burung, reptilia dan ikan mendapati kebanyakan populasi haiwan itu mengalami penurunan sebanyak 68 peratus dalam tempoh 46 tahun, lapor agensi berita Sputnik.

“Living Planet Index (LPI) global terus menurun. Ia menunjukkan terdapat penurunan sebanyak 68 peratus dalam ukuran populasi mamalia, burung, amfibia, reptilia dan ikan antara tahun 1970 dan 2016,” kata World Wildlife Fund (WWF).

“Penurunan 94 peratus LPI untuk wilayah tropika di Amerika merupakan yang terbesar pernah dilihat berlaku di mana-mana bahagian di dunia,” katanya.

LPI mencerminkan keadaan kepelbagaian biologi global berdasarkan trend populasi spesies vertebrat di seluruh dunia. Ia diterbitkan setiap dua tahun sejak 1998.- Bernama

Continue Reading

Previous: India nafi tembak tentera China
Next: Guterres mahu lawat Hiroshima tahun depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.