Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Polis tangkap lelaki mabuk rempuh sekatan
  • TEMPATAN

Polis tangkap lelaki mabuk rempuh sekatan

Utusan Sarawak 5 years ago

ELLIE EDWARD

BINTULU: Seorang lelaki tempatan berusia 49 tahun berjaya tangkap polis apabila merempuh pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda di satu sekatan jalan Op Covid19 Jalan Tun Hussein Onn, Bintulu sekitar jam11:40, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintenden Zulkipli Suhaili berkata, dalam kejadian itu suspek telah melanggar papan pemeriksaan polis dan khemah sekatan jalan raya lalu terus memecut kenderaan.

“Pasukan kemudiannya mengejar suspek dan berjaya menahan kenderaan tersebut beberapa kilometer daripada tempat kejadian,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Menurutnya hasil siasatan awal, pihak polis mendapati bahawa suspek di bawah pengaruh alkohol.

“Semakan kenderaan suspek mendapati tiada dilaporkan hilang dan suspek ditangkap dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Bintulu,” katanya.

Tegas beliau, suspek disiasat di bawah seksyen 26(2) Akta Polis 1967/ 186 Kanun Keseksaan, seksyen 336 Kanun Keseksaan dan seksyen 11(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

Sementara itu, beliau memaklumkan bahawa suspek turut disiasat di bawah seksyen 45 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya, suspek kini ditahan reman selama 4 hari di Lokap Balai Polis Pusat Bintulu, sehingga 8.4.20 untuk siasatan lanjut.

Continue Reading

Previous: Syarikat terjejas, berhak dapat subsidi gaji
Next: Sarawak rekod 9 kes positif Covid-19 baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.