Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Polis tahan wanita larikan bar emas 100 gram
  • JENAYAH

Polis tahan wanita larikan bar emas 100 gram

Utusan Sarawak 2 years ago
BERTINDAK atas maklumat, polis berjaya menahan penganggur itu di sebuah rumah di Taman Malim Jaya di sini pada 6.45 petang semalam dan bar emas itu pula ditemukan di sebuah rumah di Taman Seri Mangga kemudiannya.

MELAKA: Polis menahan seorang wanita yang melarikan satu bar emas seberat 100 gram bernilai RM29,000 dari sebuah kedai emas di Kampung Jawa di sini selepas berpura-pura kononnya mahu melihatnya secara dekat, hujung bulan lepas.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata dalam kejadian pada 30 Oktober lepas, suspek berusia 25 tahun telah datang ke kedai emas berkenaan pada pukul 4.30 petang dan meminta pengurus kedai mengeluarkan kepingan emas yang dipamerkan dalam almari kaca untuk melihatnya dengan lebih dekat.

“Bagaimanapun kira-kira tiga minit selepas memegang bar emas itu, suspek terus melarikan diri dari premis itu sebelum dikejar oleh pengurus kedai berkenaan, namun tidak berjaya menangkapnya,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata bertindak atas maklumat, polis berjaya menahan penganggur itu di sebuah rumah di Taman Malim Jaya di sini pada 6.45 petang semalam dan bar emas itu pula ditemukan di sebuah rumah di Taman Seri Mangga kemudiannya.

Christopher berkata, siasatan awal mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kesalahan mencuri. – Bernama

Continue Reading

Previous: Nasib Syed Saddiq diketahui esok
Next: 1MDB-Goldman Sachs: AGC failkan balasan kepada LCIA

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.