Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Polis tahan tiga lelaki, rampas syabu dalam serbuan di Mukah
  • JENAYAH

Polis tahan tiga lelaki, rampas syabu dalam serbuan di Mukah

Utusan Sarawak 5 hours ago
UJIAN saringan air kencing mendapati ketiga-tiga suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine. Foto PDRM

MUKAH: Tiga lelaki warga tempatan ditahan selepas disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah menerusi serbuan di kawasan jalan berbatu di pinggir hutan Jalan Mukah-Balingian, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Muhamad Rizal Alias berkata, serbuan kira-kira 12.30 tengah hari itu dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah hasil risikan serta maklumat yang diterima.

Menurutnya, pemeriksaan terhadap suspek pertama berusia 42 tahun menemui satu keratan tiub straw lutsinar mengandungi ketulan kristal dipercayai dadah jenis methamphetamine atau syabu dengan anggaran berat kasar 0.18 gram.

“Pemeriksaan ke atas dua lagi suspek tidak menemukan sebarang barang salah. Namun, ujian saringan air kencing mendapati ketiga-tiga suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, suspek pertama disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah dan Seksyen 15(1)(a) akta sama kerana memasukkan dadah berbahaya ke dalam badan.

POLIS menahan tiga lelaki dalam satu serbuan di kawasan jalan berbatu di pinggir hutan Jalan Mukah-Balingian, di Mukah, semalam. Foto PDRM

Katanya, dua lagi suspek pula disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Suspek pertama yang tidak bekerja telah direman selama tiga hari sehingga 2 Julai ini bagi membantu siasatan, manakala dua lagi suspek yang bekerja sebagai nelayan dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu tarikh pendakwaan,” katanya.

Muhamad Rizal turut menegaskan bahawa IPD Mukah komited membanteras penyalahgunaan dadah dan menggesa orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan itu melalui talian 084-871222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Oleh Tarani Lanting

Continue Reading

Previous: Dua lelaki dicekup dalam operasi membanteras dadah di Bintangor
Next: Buruan kes tetak, suspek amuk diberkas polis di Lawas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.