Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Polis tahan seorang lelaki, 52,000 penagih terselamat
  • JENAYAH

Polis tahan seorang lelaki, 52,000 penagih terselamat

Utusan Sarawak 6 months ago
SERAMAI 52,000 orang penagih terselamat setelah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak berjaya menahan seorang lelaki bersama dadah jenis syabu seberat 10.4 kilogram (kg) yang boleh digunakan oleh 52,000 orang penagih bernilai RM332,800.

KUCHING: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak berjaya merampas dadah jenis syabu seberat 10.4 kilogram (kg) yang boleh digunakan oleh 52,000 orang penagih bernilai RM332,800.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata berkata, suspek berusia 57 tahun itu ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah flat di Jalan Matang di sini, kelmarin, dipercayai pemilik kepada barangan terlarang terbabit.

“Berdasarkan semakan yang dilakukan mendapati suspek mempunyai satu rekod kesalahan lampau berkaitan dadah di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Ujian saringan awal air kencing terhadap suspek juga mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.

“Polis turut menyita sebuah motosikal bejenama kawasaki Z900 dianggarkan bernilai RM50,000,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Suspek kini, katanya, direman tujuh hari sehingga 19 November ini bagi membantu siasatan dan kes terbabit disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Mengulas kejayaan rampasan dadah di Sarawak, Mancha berkata, bagi tempoh 1 Januari hingga 10 November lalu, polis Sarawak telah melaksanakan sebanyak 9,374 tangkapan iaitu 465 orang pengedar dadah 1,681 orang atas kesalahan memiliki dadah dan 7,228 pengguna dadah.

Sepanjang tempoh tersebut, polis Sarawak berjaya merampas pelbagai jenis dadah seberat 289.7 kg, 93.39 liter cecair dipercayai dadah dan 143 batang pokok ganja yang dianggarkan bernilai RM39 juta.

Polis juga, katanya, turut menyita pelbagai harta dipercayai milik sindiket dadah berjumlah RM3.97 juta.

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Lelaki tertipu urusan perniagaan tidak wujud rugi RM136,000
Next: Warga emas rugi RM136,000 terpedaya tawaran perniagaan dalam talian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.