MIRI: Polis menahan seorang pemuda berusia 29 tahun kerana disyaki mengedar dadah, pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu berkata suspek warga tempatan ditahan di bilik sewanya di Sungai Baong di sini.
“Dalam tangkapan itu, pasukan serbuan turut merampas dadah disyaki jenis syabu seberat 6.33gram dan dianggarkan bernilai RM696.30,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata suspek kini direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan sekurang-kurangnya tiga sebatan, jika sabit kesalahan.
Gambar
Dadah yang dirampas disimpan dalam beg