Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Polis tahan lelaki, rampas rokok, minuman keras 
  • JENAYAH

Polis tahan lelaki, rampas rokok, minuman keras 

Utusan Sarawak 6 months ago

Antara barangan dirampas

MIRI: Seorang lelaki tempatan ditahan dan 1,450 karton rokok pelbagai jenama  serta 50 kotak minuman keras dirampas. 

Nilai rampasan dianggarkan RM765,840 dalam satu serbuan ke atas sebuah premis di kawasan bandar raya ini, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, serbuan itu dilakukan oleh sepasukan polis dari Batalion 12 Pasukan Gerakan Am (PGA) Miri sekitar jam 11 pagi.

“Susulan tangkapan dan rampasan itu, satu kertas siasatan telah dibuka dan disiasat dibawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967. 

“Suspek berusia 33 tahun itu kini ditahan reman selama lapan hari untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Alexson berkata, sebarang maklumat berkaitan kegiatan jenayah, orang ramai disarankan untuk tampil ke mana-mana balai polis berdekatan untuk perkongsian maklumat atau menghubungi talian 085- 433730.

Continue Reading

Previous: PDRM tidak terima maklumat Jho Low di Myanmar – KPN
Next: OPS Selera: 14  individu diperiksa, 11 ditahan di Siburan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.