Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Polis tahan dua suspek kes curi kereta
  • JENAYAH

Polis tahan dua suspek kes curi kereta

Utusan Sarawak 11 months ago
DUA suspek tegar diberkas polis kerana mencuri kereta.

KUCHING: Polis Daerah Kuching berjaya menahan dua suspek berusia 23 dan 29 tahun kerana mencuri sebuah kereta.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching, Supt Merbin Lisa berkata sepasukan polis dari Pasukan Kaunter Agresif (CAT) bertindak atas maklumat diterima, berjaya menahan kedua-dua suspek di Samariang Rabu lalu.

Ini berikutan seorang pemilik kereta melaporkan keretanya yang bernilai kira-kira RM5,000 telah dicuri di Bintawa pada 17 Mei lalu.

Dalam operasi itu, polis turut merampas sebuah motosikal, sebilah senapang angin, pakaian dan barangan lain.

Kedua-dua mereka mempunyai empat kes dan lapan kes jenayah masing-masing dan mereka juga didapati positif dadah.

Merbin berkata kes ini disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dipenjara tidak kurang tujuh tahun atau denda.

Polis turut menggesa orang ramai agar memberi maklumat berkaitan jenayah di talian 082-244444.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Lelaki ditahan bersama 237.64 gram dadah bernilai lebih RM20,000
Next: Maritim tahan dua bot tunda, tongkang bersama 11 kru di Tanjung Jerijeh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.