Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Polis tahan dua individu, rampas dadah bernilai RM27,674.50
  • JENAYAH

Polis tahan dua individu, rampas dadah bernilai RM27,674.50

Utusan Sarawak 2 years ago

DIRAMPAS... Sebahagian dadah yang dirampas polis dalam serbuan di salah sebuah pusat hiburan di Permyjaya di sini, semalam.

MIRI: Seorang lelaki tempatan dan seorang wanita warga asing ditahan polis disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah dalam serbuan di salah sebuah pusat hiburan di Permyjaya di sini, semalam.

Ketua Polis Dearah, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, kedua-dua suspek berusia 20 dan 21 tahun itu ditahan  sepasukan pegawai dan anggota Polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Kontijen Kuching  (IPK)  Sarawak  pada 8.25 malam.

“Semasa melakukan pemeriksaan di dalam premis tersebut, pasukan serbuan telah menjumpai dan merampas pelbagai jenis dadah seperti Ecstasy, Erimin 5 dan Ketamin seberat  549.43 gram dianggarkan bernilai RM27,674.50,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Alexson berkata, kes ini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati atau  jika tidak dihukum mati, boleh dipenjara seumur hidup dan dikenakan sebatan tidak kurang 15 kali.

Dalam pada itu, Alexson berkata, pihak polis juga ingin menasihati orang awam yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti penyalahgunaan dadah ini untuk segera melaporkannya ke Balai Polis berhampiran agar aktiviti ini dapat dibendung dan dibanteras bersama.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Ops Lejang: 52 individu ditahan, 43 motosikal, dua kereta diperiksa, 31 saman dikeluarkan
Next: Adam Radlan didakwa lagi kes rasuah Jana Wibawa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.